Back to TOP

Saturday, 25 November, 2017

penjagaan rambut supaya cantik

Sihatkan Rambut Rosak. Rambut gugur, kering, bercabang, jarang dan putus-putus, adalah petanda rambut anda sedang mengalami masalah. Sekiranya tidak diatasi, dikhuatiri peluang anda memiliki rambut sihat semakin tipis. Memberi sepenuh perhatian kepada penjagaan luaran dengan harapan rawatan akan meresap ke akar di dalaman lalu membuatkan rambut sihat - adalah salah dan tidak memberi kesan. Pelajari cara betul men-sihat-kan rambut dengan menolong akar di dalaman dengan penjagaan kesihatan dalaman; supaya akar berupaya menghasilkan benih baru untuk pertumbuhan rambut sihat.

Beginilah cara yang betul menolong rambut supaya kuat semula. Rahsia Firnena akan 'mensiramkan' rambut dengan rawatan dalaman dan juga luaran. Pasti selepas ini anda akan dapati rambut akan cepat tumbuh dan panjang! Tarik macam mana pun takkan mudah putus. Petanda rambut sihat dengan sebenar-benarnya. Miliki rambut sihat hari ini sebelum terlambat.

rawatan rambut bermasalah

Rahsia Teknik Rebonding berupaya membuatkan rambut rosak akibat rebonding jadi kuat semula. Anda pun tahu rambut rosak akibat kimia rebonding memang susah untuk diperbaiki. Itu bermakna teknik ini sungguh berkesan tak kira betapa teruk sekalipun kerosakan rambut anda. Harap maklum.


Rambut memberi kesan 60% - 75% kepada penampilan seseorang. Seksyen ini bukan nak mengajar bagaimana nak mendandan, membuat rebond atau men'setting' rambut; tetapi memberi anda solusi bagaimana nak menjaga serta mengekalkan rambut yang telah dilakukan rebonding / pelurusan. Setelah mengkaji begitu lama bidang ini, saya pasti sangat tidak ada tempat lain yang akan memberitahu anda mengenai subjek ini. Jadi, harap luangkan sedikit masa membaca demi menyelamatkan diri dari kesulitan jangka panjang.
untuk para Rebonder; penting.


Petua Rambut Bermasalah

Rambut kusut, kasar, keras, tak sekata, kerinting susah diurus; semua gejala ini jalan penyelesaian paling simple adalah dengan melakukan rebonding / pelurusan. Teknik ini akan membuatkan rambut serta-merta ter-urus. Lembut, licin dan berkilat. Kemudian, kekalkan kecantikan rambut yang di-'set' tu menggunakan panduan 'Firnena - Rahsia Teknik Rebonding'. Senang. Itu saja.



pusat rawatan dan kecantikan rambut

Mengapa Pilih Firnena?

Firnena menitik-berat-kan tentang hasil yang bakal dikecapi klien. Teknik-teknik Firnena semuanya dikaji keberkesanannya terlebih dahulu sebelum dilancarkan. Ia juga 'original' (asli), tidak diceduk oleh mana-mana sumber lain yang ada. Kami sentiasa mahu pastikan kami menyerahkan sesuatu yang berkualiti, tinggi nilainya kepada klien. Sekiranya masih terdapat kekurangan (di mana tiada siapa pun yang sempurna), kami mohon maaf dan akan perbaiki taraf perkhdimatan dari masa ke semasa. Tapi kami janji; kami dalam keadaan sentiasa berusaha mahu memberikan yang terbaik!


mencantikkan rambut
saloon kecantikan rambut

Tampilkan diri dengan kecantikan rambut sebegini dengan meng-implementasi-kan teknik ringkas Firnena. Untuk mengekalkan rambut menawan, anda bukan perlukan 1001 cara, tapi cuma 1 cara yang betul.



penjagaan rambut supaya cantik

quote  terima kasih byk ya kak kerana sudah menasihati aq...kakak baik sangat....nanti kalau saya ade apa2 nak tanya,saya tanya kakak....quote down
fiqahfaridah.




cara meluruskan rambut

Bookmark and Share

Origin: Teknik Rahsia Rebonding adalah chapter paling akhir milik Ebook Rahsia Firnena. Ia merupakan chapter pelengkap - supaya anda tahu sepenuhnya mengenai dunia penjagaan kecantikan. Diibarat kitaran - sampai di kaki dan kembali semula ke kepala. Huraian: untuk memiliki rambut sihat kuat dengan sebenar-benarnya, anda perlu memiliki kesihatan dalaman stabil. Memastikan sistem organ dalaman berjalan lancar - di mana subjek ini pengaruh besar kepada penghasilan benih-benih baru serta sihat buat rambut. Internal Support, iaitu: sokongan dari akar. Rahsia Firnena ialah bidang Kecantikan berteraskan kesemulajadian + kesihatan. Ertikata: memastikan asas terima penjagaan rapi, seterusnya menjadikan apa jua praktikal kecantikan (produk, solekan, make-over) lebih ketara kesannya. Memiliki ebook kecantikan Rahsia Firnena akan membuatkan dunia penjagaan kecantikan anda begitu terserlah.

Rahsia Firnena secara khasnya; bukanlah mengenai rekomendasi produk-produk yang perlu anda beli dan amal. Anda bebas mengamalkan apa jua produk kesihatan dan kecantikan yang anda rasa sesuai dan suka.

Malahan: Rahsia Firnena akan membuatkan produk-produk kecantikan (yang harusnya sesuai dan bagus itu) - menjadi lebih berkesan! So; para peniaga bidang kecantikan / kesihatan lain tak usahlah risau.. Rahsia Firnena sama sekali bukan mengenai produk mahupun persaingan. (okay..? hah; itulah sebabnya statement ini.)

ebook mini vs rahsiafir ver.013

Beza memiliki mini ebook sahaja dan ebook Rahsia Firnena keseluruhan:

mini ebook menceritakan keseluruhan tentang rambut sahaja,

ebook Rahsia memberitahu sudut kesihatan badan yg mempengaruhi pertumbuhan rambut sihat

mini ebook menjadikan lebih sesuai terhadap para-rebonder sahaja,

ebook Rahsia membuatkan penjagaan rambut menjadi sesuai utk semua

mini ebook fokus kepada kecantikan rambut sahaja,

ebook Rahsia merangkumi kecantikan dan kesihatan rambut

rambut pelanggan mini ebook cantiknya 50%,

rambut pelanggan Rahsia tampil sihat bersinar mencapai 90% kerana akar & folikel rambut mendapat zat nutrisi dalaman yg penting utk sempurna tumbesaran

rambut pelanggan mini ebook nampak agak 'kasar' sikit (sebab kesan bahan rebonding),

rambut pelanggan Rahsia tampil bersinar normal sebab akar disirami bahan nutrisi yg diperlukan rambut

pelanggan mini ebook tidak akan ketahuan menghalang masalah keguguran rambut,

pelanggan Rahsia tiada akan perlu risau tentang itu

mini ebook firnena

preview dari fb firnena - click

Jadi, di sini sedikit sebanyak perbezaan memiliki ebook mini atau ebook keseluruhan. Bukan promosi tetapi firnena hanya mengikuti kehendak kebanyakkan pelanggan berdasarkan statistik - kalau kemahuannya segera mahu selesaikan permasalahan rambut, maka tiada dia akan berminat atau mahu melanjutkan pembacaan. Lebih ringkas, lebih cepat baginya.

Pemberitahuan firnena di sini adalah untuk menyedarkan; ada kala pembacaan lebih itu bagus - kerana mendapat pengetahuan utk mengatasi permasalahan yg tiada ketahuan nantinya akan terjadi atau tidak.

So, tepuk dada tanya selera!

ebook mini vs rahsiafir ver.013

Lebih nota tentang Rahsia Rebonda boleh dirujuk sini:

Website support' Firnena - Klik

Nota tambahan di ruangan notes facebook - Klik

pesan teknik rahsia rebonding

petua kecantikan rambutfirnena logo Firnena, Teknik Rahsia Rebonding

Kekalkan Kecantikan Rambut Selepas Rebonding - Menjadikan ia Kuat, Kukuh sebagaimana Rambut Normal!

Penyelamat Rambut Rebonding.

Ruangan ini didedikasikan untuk mereka yang kerap, baru atau ingin bermula dalam bidang meluruskan rambut. Bermakna: khas untuk Para Rebonder sahaja. Sebelum apa-apa, hendaklah diketahui yang bahawasanya bahan yang digunakan untuk melunturkan rambut hingga ia menjadi lurus mengandungi kandungan asid yang tinggi. Tanpa asid ini, pelurusan rambut tidak mungkin mencapai sasaran dengan sempurna. Asid ini sudah pasti, tanpa disedari, akan menghakis semua protein dan zat yang terdapat di dalam rambut. Memang tidak disangka kerana di setiap kali selepas rebonding, rambut bagaikan tampil sihat berseri dan lembut. Tapi hakikatnya, kerosakan rambut tetap berlaku di kala teknik ini diaplikasikan. Untuk menjadikan keadaan bertambah buruk; lama kelamaan rambut akan berubah warna menjadi keperang-perangan - sama ada ia kasar atau terlalu nipis. Bertambah buruk lagi; gugur.

Jadi, untuk mengelakkan perkara begini berlaku, Firnena akan serahkan anda suatu 'rahsia' - iaitu sebuah ilmu pengetahuan bagaimana untuk menjadikan rambut selepas rebonding kekal pelurusan dan 'ke-urusan-nya' (ter-urus) selama 6 bulan (lebih) serta dalam masa yang sama; sihat bersinar.. Maksud 'ter-urus' saya di sini ialah; apabila bangun dari tidur, selepas mandi, selepas syampu, ditiup angin kencang (naik motor tak pakai helmet misalannya) - rambut akan mudah diuruskan dengan hanya menggunakan jari; sebagaimana mereka yang mempunyai rambut normal sihat. Pasti - mereka lain yang mengamalkan teknik rebonding termasuk juga yang tidak, akan tersangat cemburu (jealous) melihat rambut anda! Apatah lagi kalau mereka ini dari golongan yang tahu anda ni ada apply teknik rebonding. Mesti pelik terlopong memikirkan macam mana anda buat? Lama-kelamaan akan menganggap rambut asal anda sebenarnya begitu. Mereka yang tersilap tengok selama ni.

  • Teknik Rahsia Rebonding dari Firnena ini mempunyai kebaikan yang unik (solid). Antaranya:

  • Katakanlah anda membuat teknik pelurusan rambut (rebonding) ni di saloon yang mahal. Sekali buat dah mencecah RM60 ke atas. Takkan anda nak bazirkan wang sebegitu mahal hanya untuk mengetahui rambut anda yang dah di set secantik-cantiknya itu akan 'hilang serinya' apabila terkena air, mandi atau selepas syampu?

  • Boleh jimatkan duit dan masa dari berulang-ulang kali melangkah ke saloon bagi memastikan 'ke-urus-san' rambut kekal lama dan membuat rawatan supaya rambut tak rosak. Gunakan masa dan duit tu untuk urusan kecantikan lain - lagi bagus.

  • Membolehkan rambut di syampu tanpa perlu risau rambut akan 'rosak', hilang keteguhan rebondingnya itu. Mensyampu rambut adalah penting untuk kesihatan kulit kepala dan diri. Kalau berminggu-minggu tak syampu, boleh jadi kotor dibuatnya. Jadi, teknik Firnena ni dah pasti akan menyelamatkan anda dengan cara mengembalikan keteguhan rebonding anda kepada asal, kuat dan kukuh sebagaimana sebelum syampu. Terkejut? Yes. Inilah apa yang Teknik Firnena mampu kotakan untuk anda!

  • Rambut tampil kemas, bersinar berminyak. Kerosakan seperti rambut pecah, perang dan nampak kasar akan dapat dielakkan sama sekali. Rambut akan jadi tebal dan sekata. Pendekata; anda akan termasuk dalam golongan individu yang mempunyai keunikan rambut di class-nya tersendiri.

  • Tak payah guna Hair Dryer (Pengering) nak dapatkan kekemasan rambut. Kalau anda jenis tak ada masa dan nak cepat, tak perlu. Serius. Teknik ni tak bergantung langsung pada hair dryer. Rambut akan tetap ter-urus dan bersinar. Tapi, saya ada sertakan subjek bagaimana kombinasi Hair Dryer + Teknik Firnena akan membuatkan rambut anda tampil berkilau, cantik menawan. Rahsia ini pasti akan membuatkan para rebonder menangis kesyukuran bila meng-implementasi-kannya. Coba dulu...

  • Jelas kesannya rambut cepat panjang dan lebat - petanda 'folikel' rambut mendapat zat bagi ketumbuhan sihat secukupnya.

Pihak Saloon dan Rawatan Kecantikan memang dah sah! akan memendam marah pada saya andaikata teknik rahsia ni diketahui ramai. Kerana katakanlah seorang pelanggan tu sekurang-kurangnya akan datang seminggu sekali, tapi selepas tahu teknik ni, akan datang 6 bulan sekali! Hati siapa yang tak panas kalau semakin hari semakin berkurangan pelanggan yang datang? Tapi ikhlas saya cakap; niat saya bukan mahu menjatuhkan sesiapa ataupun dengki. Tetapi adalah kerana saya faham hati seorang insan yang tidak dikurniakan rambut cantik. Itu saja...

Setiap kali melihat cermin, alangkah indahnya kalau daku memiliki rambut yang dapat digayakan dengan seksi menawan...Dan untuk jadi macam tu, terpaksalah berbelanja lebih, seterusnya banyak masa terbuang sebab nak kekalkan kestabilan rambut yang dah di set. Namun bila dah jaga bagai nak rak, ia tetap akan 'serabai' jua akhirnya. Jaga le macam mana sekalipun. Kesan menawan tu tahan sekejap sangat. Kemudian kita akan panik. Selalunya pendekatan yang diambil selepas tu adalah dengan mengunting rambut - kononnya sebab nak bagi 'okay'. Tapi rupa-rupanya jadi buruk. Semua itu adalah kerana tak tahu macam mana sebenarnya nak 'maintain'kan rambut yang telah di-set-kan tu. Tindakan yang diambil selalunya berdasarkan hati yang resah dan runsing sebab tengok rambut semakin hari semakin teruk. Untuk menjadikan keadaan lebih buruk, kadang-kala wajah mula ditumbuhi jerawat! Sebab ia tumbuh:

i. stress memikirkan keadaan rambut
ii. hasil rebonding yang dibuat adalah dari saloon yang 'kureng'
iii. buat sendiri, tak pun meminta pertolongan rakan / saudara.

No.iii adalah situasi paling merbahaya sebab peralatan tak cukup dan kemungkinan bahan rebonding tu terkena kulit wajah akan berlaku. Bahan ini adalah asid yang berupaya merosakkan kulit. Atau juga; tak bilas menggunakan kaedah yang betul. Saki-baki bahan tu masih melekat di kepala lalu lama-kelamaan akan membuatkan kulit kepala 'stress' dan kemudiannya merebak ke semerata dalaman kepala. Perkara ini akan mengakibatkan jerawat dan kulit kusam.

Namun tidak perlu risau andaikata: di ketika ini anda telah pun terlajak mengalami kulit rosak - kerana firnena ada cara bagi menyelamatkan kulit dengan:

Menghapus jerawat degil di Firnena Kesihatan - Click

Ini adalah kesulitan yang sering dihadapi oleh mereka yang melakukan rebonding. Walaupun susah, kita tetap akan buat sebab penampilan cantik tu penting. Andaikata rambut nampak kusut dan tidak ter-urus, ia akan menjejaskan hampir 80% imej diri. Pelbagai prasangka akan wujud dari masyarakat sekeliling seperti dilabel sebagai penagih dadah atau tak pandai menjaga kebersihan diri. Lantaklah apa orang nak sangka janji kita tak macam tu - Jangan. Sebab kalau anda bersikap demikian, bermakna anda tak menghargai alam sekeliling. Pentingkan diri sendiri. Kerana; sekalipun anda tak kisah orang mengata terhadap diri, tetapi bagaimana dengan perasaan ibu bapa dan orang-orang yang menyayangi anda? Tentu mereka ini sedih kalau ada orang mengata atau me'label' anda. Jadi, kalau tak buat untuk diri sendiri pun, buatlah untuk orang-orang yang menyayangi anda. Jagalah penampilan bagi memuaskan hati semua pihak!

  • Namun tiada apa yang perlu anda susah hatikan sebab semua masalah dan kesulitan tu akan selesai sebaik saja anda menggunakan Firnena - Rahsia Teknik Rebonding.

Sebaik saja menggunakan teknik ni, anda akan tersenyum gembira dan kagum (impress)! Rambut anda akan jadi kuat dan rapat kerana bukan penjagaan rambut luaran saja yang di-titik-berat-kan di sini. Tetapi penjagaan akar yang memerlukan nutrisi dari dalaman badan juga akan diberi fokus - supaya kulit kepala akan sentiasa dapat membenihkan sel-sel baru bagi memastikan kesihatan dan ketumbuhan rambut berjalan lancar dan berpanjangan. Rambut anda akan cepat tumbuh, panjang - menandakan kesihatan anda bagus yah!

Namun mohon maaf di sini sebab saya takkan beritahu secara free. Dalam kamus hidup saya; tiada apa yang free. Kalau ada yang free sekalipun, semuanya barangan murahan. Contoh realistik saya bagi: adakah anda tergamak nak serahkan rantai berlian yang begitu mahal anda beli (asli pulak tu) kepada sahabat karib anda? Adakah anda akan tersenyum riang dengan seronok sambil mengatakan 'ambik ler'...? Kalau jawapannya ya, maka anda membohongi diri sendiri dan juga sahabat karib tu. Jadi kesimpulannya di sini mudah; teknik Firnena ini bukannya murahan dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya diberikan percuma. Saya tak mahu membohongi anda. Jadi, kalau anda nak yang free, surf saja di internet. Saya jamin; akan timbul pelbagai-bagai kaedah murahan yang boleh anda cuba.

  • Pertama: ia sebuah teknik yang boleh mengakibatkan bisnes kecantikan rambut jatuh dengan peratusan yang tinggi. Jadi, oleh kerana saya juga terlibat dengan bisnes kecantikan, maka saya kena faham dan jaga ke-dua dua belah pihak. Pihak yang meniaga saya kena ambil kira, pihak pelanggan (anda) pun sama. Kebaikan melakukan begini adalah; saloon dan pusat rawatan kecantikan akan kekal stabil, sebab hanya segelintir saja yang tahu tentang rahsia ni. Hanya mereka yang betul-betul serius sahaja yang akan melanggan ebook ini dan jenis yang suka-ria gila berfesyen (rambut), akan tetap ke saloon 3-4 kali seminggu seperti biasa. (Wow.) Kena gaya, makin bertambah customer sebab 'semua orang mahu rambut macam dia'.
  • Kedua: kebaikan untuk anda sebagai pelanggan pula adalah tidak ramai akan tahu mengenai rahsia penjagaan rambut yang anda amalkan - sekaligus membuatkan kualiti nilainya terpelihara, dan anda pula akan terasa betapa bertuahnya diri mengetahui tentangnya. Peratusan orang lain di kalangan anda tahu mengenai rahsia kecantikan rambut yang anda miliki seakan-akan zero (kosong). Dan kalau ada yang tahu sekalipun, mereka hanya mampu meneka-neka; kerana teknik Firnena ni tidak akan meninggalkan kesan; selama anda patuh mengikuti langkah simple yang diberi. Pusing ikut mana pun, yang pastinya orang sekeliling akan mula tertarik dan ter'perasan' tentang kecantikan rambut yang anda miliki. Dan inilah masanya sama ada anda mahu beritahu atau tidak mengenai ilmu kecantikan rambut anda itu kepada sahabat karib anda yang selama ini sentiasa mempunyai rambut yang cantik. Tak pernah pun tak cantik. Dah le muka pun cantik. Ish! (Bagitau ler...)

So, tanpa perlu membuang masa lagi, saya menjemput anda yang berminat, sedang terfikir nak buat dan pengamal teknik rebonding agar memiliki ebook ini bagi keselesaan jangka panjang sebab bermula dari sekarang; anda tak perlu risau, rimas atau khuatir mengenai rebonding tu tahan sekejap sangat dan juga boleh mengakibatkan kerosakan rambut. Teknik Firnena akan memastikan semua gejala buruk itu dapat dielakkan. Cuma ikut saja panduan ringkas dan mudah difahami tu dan anda serta-merta akan berada di jalan yang betul memiliki rambut hebat menawan.

firnena penjagaan rambut rebonding

  Pertembungan Antara 2 Polisi

Baiklah, saya akan fahamkan anda sekali lagi (ulangkaji): Pihak Saloon atau Rawatan Kecantikan tahu secara profesional tentang LANGKAH 1 iaitu: bagaimana nak tampilkan rambut nampak hebat TETAPI...saya yakin sangat-sangat tiada yang dapat menandingi kekuatan ilmu pengetahuan Firnena tentang LANGKAH 2 iaitu: bagaimana nak kekalkan, menjaga dan menambahkan keserian rambut hebat tu sendirian. Bayar RMmahal ++ pada pakar kecantikan adalah untuk mendapatkan hasil rambut terbaik tetapi pakar tersebut takkan ikut anda balik ke rumah untuk mengawasi dan menjaga rambut anda tu setiap hari, sepanjang masa. Jadi di sinilah pentingnya ebook Firnena kerana ia bagaikan proses melengkapkan kitaran. Setiap profesionalis kecantikan 'original' (pakar) akan mengambil berat tentang aspek memiliki kecantikan rambut hebat pelanggannya. Namun, setiap pakar mempunyai idea yang berbeza-beza bagaimana nak mengajar pelanggan apabila mereka sendirian di rumah. Maka terjadilah longgokan produk bercampur-campur dan semuanya tak memberi hasil yang memuaskan pun! Menyemak saja. Dengan memiliki teknik Firnena, pelanggan iaitu ANDA akan menjadi konfiden untuk berbelanja mahal semata-mata untuk 'setting' rambut nampak menawan dan kemudiannya tahu bagaimana nak uruskan rambut mahal tu dengan betul dan tepat. Dan percayalah: cuma perlu sapu dan biar. Ia semudah itu. Tiada unsur-unsur kesusahan dan mahal.

Saya JAMIN - bahan untuk menjayakan Teknik Firnena ini: 100% halal. Pakar Kecantikan Rambut akan seronok melihat anda begitu konfiden mahukan dandanan terbaik dan secara tidak langsung membuatkan dunia men-setting rambutnya (saloon): jadi meriah - sama macam anda! Seakan-akan mereka merasai hasil kreativiti bidang kecantikan rambut bukan lagi sia-sia (membayangkan selepas penat memberikan yang tercantik, tahu rambut anda tu balik rumah nanti akan serabai bila-bila masa saja dari sekarang). Susah hati mereka men-control cakap2 (di kala mendandan) supaya tak terbangkit isu penjagaan lepas setting; terhindar! Mereka boleh tumpukan perhatian penuh nak bagi rambut anda tampil menawan hebat dengan segala skill yang ada - berbaloi! (Men-charge mahal mungkin juga - sebagai persiapan budget: anda hanya akan kembali untuk setting'an semula setelah 6 bulan ke atas!)

  • Nota: kekeliruan muncul di pihak Saloon / Pendandan, kerana berdepan dengan 2 polisi berlawanan arus, iaitu:

i. bakal kehilangan pelanggan kerap, menjadikan kadar untung kemungkinan menurun / menjunam

ii. membuat untung (selesa) dengan cara mengesyor dan menjual sendiri Minyak Ramuan kepada pelanggan. (Boleh deal dengan pengurusan firnena bagi tawaran harga.)

  • Saranan Kepada Peniaga Saloon / Profesionalis Kecantikan Rambut: anda akan jadi contoh kepada para pelanggan mengenai kecantikan rambut. Imej begini akan berupaya menaikkan tahap perniagaan anda ke level yang kukuh. Jika anda serius dalam bidang kecantikan rambut, maka mini ebook Firnena - Rahsia Teknik Rebonding semestinya dimiliki. (Tapi jangan salahkan saya pula kalau pelangga semakin 'jauh jarak berulangnya' ke saloon. Cuma terpulang kepada hati anda kini: kalau anda berniat ikhlas dan lebih pentingkan customer memiliki kepuasan maksimum apabila berurusan dengan anda; termasuk mahu mereka respek anda kerana betul-betul menunjukkan sikap peniaga bertanggungjawab, (profesional) - maka anda harus pelajari teknik ini bagi membuktikan anda tahu dari A - Z tentang bidang setting rambut rebonda.
firnena penjagaan rambut rebonding

Teknik Rahsia Rebonding asalnya adalah salah satu chapter di dalam ebook Rahsia Firnena secara keseluruhan, tetapi kemudian dipisahkan menjadi mini ebook yang hanya menceritakan mengenai bab rambut. Kini anda boleh terus kepada menumpukan sepenuh perhatian kepada bab rambut sahaja, dan boleh pantas men-apply teknik memiliki daya ketahanan rambut setting-an rebonding yang 'fragile' (sukar diurus) itu. Walaupun ia 'mini', tetapi ia merangkumi segalanya bagi menjayakan apa yang telah diperkatakan di website ini - lengkap. Dengan ebook Rahsia Rebonda ini - akan membuatkan dunia penjagaan / setting rambut rebonda anda itu menarik. Segala penat dan kos perbelanjaan dengan harapan memiliki rambut cantik dan kemas - jadi berbaloi (perfect!) dengan adanya ebook ini sebagai penamat (pelengkap).

  • Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi (saya kira anda sudah faham sepenuhnya apa yang bakal anda dapat) - Teknik Rahsia Rebonding merangkumi 'sekeping ebook panduan' serta sebotol minyak ramuan khas (tradisional) sebagai sapuan kepada rambut.

Harap maklum: minyak ramuan ini tidak boleh dipakai membuta-tuli tanpa terlebih dahulu merujuk panduan menggunakannya dengan betul. Sebelum terus men-apply ia terhadap rambut, penting untuk anda membaca ebook mini Teknik Rahsia Rebonding tersebut. Pernyataan ini perlu saya tegaskan supaya anda (dan juga para pelanggan semua) - menikmati hasil memuaskan sepertimana yang telah diberitahu sini. Firnena sudah menjalankan ujikaji (selama bertahun) bagi memastikan apa yang diperkatakan; dipertanggungjawab. Sekiranya anda tidak mengikuti panduan mahupun cuai dalam menggunakannya, nanti diharap tak usah salahkan Firnena pula. (saya harap janganlah begitu..) Sebabnya; walaupun teknik ini mudah, namun hasil kurang memuaskan mudah saja berlaku kepada mereka yang melakukannya sambil lewa, cuai atau paling popular: malas!

Tetapi ketepikan semua unsur-unsur negatif kemalasan tersebut kerna; sekiranya anda ternyata di kategori yang benar-benar mahukan rambut rebonding anda itu sihat, kuat, terurus - maka inilah produk yang anda tercari-cari selama ini, dan tidak mungkin akan anda jumpa di mana jua selain sini. Tekniknya mudah, pantas dan menyihatkan. Tak perlu khuatir.

rahsia rambut cantik firnena

Info: Inilah satu-satunya teknik yang akan membuatkan rambut REBONDING ter-urus, kuat, bersinar dan tahan lama.

Sekalipun disyampu, teknik ini akan kembalikan kekuatan rebonding tu, seolah-olah baru lepas setting di Saloon. Teknik yang benar-benar akan membuatkan para-Rebonder happy. Hilangkan susah hati dan kerunsingan anda mengenai rambut rebonding hari ini juga!


rawatan kecantikan rambut by firnena

Pesan Teknik Rahsia Rebonding

dengan cara mengisi borang di bawah

Pakej Teknik Rahsia Rebonding berharga RM30 ini merangkumi:

  • 1 botol Firnena's Oil (rambut)   Panduan Cara Guna


Sila tulis memberitahu pesanan apa yg dibuat sini.


Bank mana? Maybank atau CIMB?


                          Waktu perlu di-nyatakan.


                          Tarikh perlu di-nyatakan.

*Maklumat Bagi Tujuan Penghantaran


Nama perlu di-isi.


Email perlu di-isi.Format tak sah.


no.Phone perlu di-isi.



ALAMAT perlu di-isi

Bank in ke: Pilih 1 di antara 2 bank ini:

Cimb: 860 187 3698 || adrs Ent. (Pengurusan)

Panduan Isi Borang

Buat pembayaran terlebih dahulu - kemudian baru isi borang. Bank-in RM30 sahaja untuk pakej Firnena Rebond.

Tidak perlu risau andaikata tidak yakin atau terbuat silap mengisi. Anda sentiasa boleh perbetulkan dengan pihak firnena. Firnena akan pastikan setiap pesanan sah berbayar: diterima. Email pengurusan utama firnena ialah:

admin@firnena.com || Borang Pertanyaan: Klik Sini.

PASTIKAN semua maklumat adalah tepat. Semak 'typing' (ejaan huruf) email supaya ia betul. Ramai yang isi sambil lewa dan kemudian risau dan tertanya-tanya kenapa tiada jawapan dari Firnena? - email dari Firnena tidak akan sampai kalau 'typing' salah.

  1. Di bahagian Tajuk Pakej: pastikan tertulisnya 'nama atau tajuk pakej yang mahu dipesan'. Ini penting bagi pengurusan untuk menentukan dengan tepat pakej mana + menjadikan penghantaran cepat.

  2. Nama Bank: nyatakan bank mana satu pembayaran dibuat - Maybank atau CIMB? Hanya ada dua akaun sahaja Firnena sediakan bagi tujuan pembayaran dan tidak sepatutnya ruangan ini di-isi dengan akaun bank milik anda sendiri atau mana-mana bank yang bukan milik Firnena.

  3. Isikan dengan tepat Waktu dan Tarikh pembayaran tersebut dibuat. Sebaik saja buat pembayaran, harap beritahu Firnena dengan segera. (Rujuk bahagian hujung-kanan bawah komputer anda. Ikuti format waktu dan tarikh di situ untuk permudahkan isian.)

  4. Di bahagian Maklumat Bagi Tujuan Penghantaran, sila isikan maklumat diri dengan tepat supaya proses penghantaran jadi lancar dan cepat.

Semak semula sebelum menekan button 'Order' supaya tiada yang tersilap. Harap ikut panduan dengan betul. Mudah saja, bukan?

kos sudah termasuk Pos.

firnena smsPesanan SMS? || a. Tulis Tajuk Pesanan || b. Bank-in RM (harga): Maybank atau CIMB? || c. Tarikh & Jumlah pembayaran || d. Nama, Alamat & phone || SMS maklumat berikut ke: 013-483 2415